Friday, 28 February 2020

Isu Teknologi Maklumat

Isu Teknologi Maklumat


Apa itu teknologi maklumat ?

• Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat.
• Maklumat tersebut boleh wujud dalam pelbagai bentuk samada bentuk fizikal contohnya kertas dan buku, bentuk suara, paparan visual, pergerakan atau dalam bit.
• Penggunaan rangkaian ‘internet’ telah dan berupaya menyebabkan perubahan yang besar ke atas aspek fizikal, ekonomi dan sosial melalui globalisasi tanpa sempadan lagi.
• Sebagai contoh, anda kini boleh bermastautin di Malaysia tetapi menjalankan perniagaan melalui internet di Germany dan menerima pembayaran di Amerika Syarikat.

Isu-isu Semasa Teknologi Maklumat

~pendidikan
~perniagaan
~pedagangan
~komunikasi
~perubatan
~perbankan

Punca Teknologi Maklumat

1) PENGARUH RAKAN SEBAYA
  Masa remaja diluangkan bersama dengan rakan sebaya mereka.
      •Kanak-kanak akan sentiasa mempelajari sikap yang diamalkan oleh rakan sebaya mereka.
·   • Seseorang berteman dengan orang yang tidak baik maka orang itu kemungkinan akan mempunyai perilaku yang tidak baik juga.
   Menurut Piaget (1926) juga berpendapat bahawa rakan sebaya mempengaruhi pertumbuhan kognitif-sosial kanak-kanak pada masa pertengahan zaman kanak-kanak dan selanjutnya.

2) KURANG PENGAWASAN & PEMERHATIAN IBU BAPA
·     Ibu bapa sibuk mencari nafkah untuk menampung kehidupan keluarga.
·     Masa yang sepatutnya diluangkan bersama anak-anak menjadi terhad.
·     Ibu bapa yang kurang perihatin terhadap anak-anak mereka.
·     Remaja menikmati kebebasan yang keterlaluan.
·     Meluangkan masa melayari internet dan salah gunanya.

3) LINGKUNGAN MASYARAKAT
·   • Zaman yang kemajuan teknologi dan semua masyarakat menggunakan internet .
·   • Masyarakat cenderung melakukan hal yang negatif maka seseorang yang tinggal di sekitar lingkungan tersebut akan melakukan hal yang sama.
·   • Seperti menjalankan aktiviti pencerobohan maklumat peribadi atau serangan virus sebagai salah satu keseronokan dan hobi semata-mata tanpa memikirkan kesan buruk yang dihadapi kelak.


·   Mereka suka menceroboh sistem rangkaian komputer, mencuri maklumat atau data penting dan menghantar kod jahat atau virus bagi mengganggu sistem rangkaian komputer lain seterusnya menyebabkan kerosakan teruk.


Kesan Positif Teknologi Maklumat

1.Bidang Pendidikan
• ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.
• Pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran.
• P & P akan lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
• ICT dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran kerana guru akan mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat.
• Pelajar senang mendapatkan pelbagai maklumat melalui medium ICT seperti internet.


·    • Para pelajar boleh melayari blog-blog pendidikan yang semakin banyak di internet.


2.Komunikasi
a) Memudahkan perhubungan
• Rakyat Malaysia yang berada di dalam atau di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubung dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa.
• Mereka boleh berhubung menggunakan e-mail, chatting ataupun yang video kamera (web cam) dengan kos yang lebih rendah berbanding dengan menggunakan telefon.
b) Komunikasi yang lebih efektif
• Penggunaan blog, media sosial (facebook, twitter dan myspace) dan forum menjadi medium yang popular untuk menyampaikan maklumat.
• Golongan muda zaman kini menjadikan laman sosial untuk menyebarkan maklumat terkini terutamanya kepada rakan- rakan mereka.
• Dengan cara ini maklumat dan info terkini lebih mudah untuk disampaikan dan lebih menyeluruh.

3. Perbankan
• Mempercepatkan urusan
·    • pelbagai urusan kerajaan atau swasta dengan mudah boleh dilakukan secara dalam talian pada masa kini
·   • contohnya, urusan perbankan, pembayaran bil utiliti, permohonan kerja, membeli belah, dan sebagainya
·    • orang awam tidak perlu lagi beratur panjang dan membazirkan masa untuk membayar bil di kaunter sebaliknya boleh terus membayar bil utiliti mereka di internet dengan mudah yang cepat.

      4. Perniagaan
• Melalui ICT induvidu/syarikat dapat meluaskan pasaran perniagaan mereka
• perdagangan antara atas talian kini semakin popular dalam kalangan masyarakat
     • perkembangan pesat teknologi maklumat mampu membawa jaringan perniagaan yang luas dan lebih berdaya saing melalui atas talian
·     • pembelian secara atas talian juga membawa banyak kelebihan kepada pembeli
·  • mereka mempunyai banyak variasi barangan yang boleh dibandingkan harga serta fungsinya
·  • pembeli juga mampu menjimatkan masa mereka melalui belian atas talian daripada membeli barangan di pasar raya.


Kesan Negatif Teknologi Maklumat

a) Pendidikan
• Kepakaran guru yang terhad
• Kekurangan khidmat sokongan
• Masalah isi kandungan dalam internet
• Masalah maklumat yang tidak tepat
• Masalah mencari maklumat
• Masalah hakcipta
• Masalah menghasilkan pembelajaran secara talian
• Kekurangan peralatan
• Pelajar menjadi pasif dan kurang berkomunikasi
• Menjejaskan pencapaian akademik

2. Komunikasi
a) Membuang masa
• Remaja pada masa kini banyak menghabiskan masa mereka di laman sosial sehingga lupa akan tanggungjawab mereka sebagai pelajar dan tanggungjawab sebagai seorang muslim.
• Pelajar-pelajar menghabiskan masa yang lama di hadapan komputer dan tidak bergaul dengan masyarakat sekeliling.
b) Penyebaran Maklumat Yang Kurang Tepat
• Laman sosial dan forum dijadikan medan untuk menyebarkan fitnah dan berita yang kurang tepat
• Berita atau maklumat yang palsu juga dikirimkan melalui e-mail dan tersebar secara meluas dan tujuan untuk mengaibkan individu tertentu.
c) Remaja anti sosial
·        • Enggan bersosial dengan masyarakat
·        • Menyebabkan masa bersama-sama keluarga, sahabat dan jiran semakin berkurangan
·        • Hubungan antara satu sama lain akan menjadi renggang
·        • Tidak dapat menjalani kehidupan dalam dunia realiti

      3. Negara
      • Menjejaskan keharmonian dan perpaduan negara
·  • Ada laman sesawang yang sengaja menyebarkan pelbagai fitnah dan gosip serta propaganda negatif
·    • Menerima maklumat yang salah lalu berlakunya kekacauan
·    • Menyebabkan salah faham dan pergaduhan antara masyarakat berbilang kaum di negara kita
·    • Penyebaran pelbagai maklumat palsu dan mengelirukan kepada remaja

     Langkah Mengatasi Isu Teknologi Maklumat

1. Kempen penggunaan teknologi secara positif haruslah diadakan.
• Melalui kempen ini, para remaja diberi pendedehan tentang hukuman untuk penyalahgunaan teknologi seperti akta jenayah computer 1997 dan akta multimedia 1998.
• Dengan ini, remaja boleh menghindarkan diri mereka daripada terlibat dalam jenayah cyber.
•  Selain itu, melalui kempen ini, remaja juga diberi pengetahuan tentang pelbagai manfaat yang boleh mereka memiliki melalui komputer seperti mencari informasi untuk kerja kursus dan sebagainya

2. Pihak sekolah haruslah memainkan peranan dalam memantau pelajar mereka daripada mencari informasi-informasi seperti informasi lucah dan gengsterism yang boleh mencemarkan minda mereka.
• Pihak sekolah haruslah menyekat laman web -laman web yang boleh dilayari.
•Pihak sekolah harus memberikan pengajaran nilai-nilai murni atau mata pelajaran yang berkaitan dengan  pengajaran moral, seperti Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam.

3. Ibu bapa haruslah memainkan peranan dalam mengawal anak-anak mereka daripada melayari website-website yang tidak senonoh.
• Contohnya, ibu bapa boleh menukar setting di lam web google atau internet explorer kepada "parental control".
Dengan ini, remaja itu tidak akan dapat melayari apa-apa website yang tidak sesuai untuk diri mereka.
• Ibu bapa harus menyediakan jadual waktu dan mengehadkan masa anak-anak melayari 
internet.


     Rujukan

LOKKONG. (2017). Kesan Penyalahgunaan Internet. Retrived from http://lokkong.blogspot.com/2017/09/kesan-penyalahgunaan-internet-k-esan.html

(2017). Kesan Positif Dan Negatif Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Masa Kini. Retrived rom http://stpm-study.blogspot.com/2017/07/kesan-positif-dan-negatif-teknologi.html

Sharipah Ab Gani. (2017). Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Maklumat. Retrieved from https://www.researchgate.net/publication/315456812_kebaikan_dan_keburukan_teknologi_maklumat

Zaynab. (2011). Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan. Retrieved from            http://zeynab52.blogspot.com/2011/11/langkah-langkah-untuk-mengatasi.html

(2017). FAKTOR PENYALAHGUNAAN INTERNET. Retrieved from             http://lokkong.blogspot.com/2017/09/faktor-penyalahgunaan-internet-1.html

No comments:

Post a Comment