Isu Teknologi Maklumat
Apa itu teknologi maklumat ?
• Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat.
• Maklumat tersebut boleh wujud dalam pelbagai bentuk samada bentuk fizikal contohnya kertas dan buku, bentuk suara, paparan visual, pergerakan atau dalam bit.
• Penggunaan rangkaian ‘internet’ telah dan berupaya menyebabkan perubahan yang besar ke atas aspek fizikal, ekonomi dan sosial melalui globalisasi tanpa sempadan lagi.
• Sebagai contoh, anda kini boleh bermastautin di Malaysia tetapi menjalankan perniagaan melalui internet di Germany dan menerima pembayaran di Amerika Syarikat.
Isu-isu Semasa Teknologi Maklumat
~pendidikan
~perniagaan
~pedagangan
~komunikasi
~perubatan
~perbankan
Punca Teknologi Maklumat
1) PENGARUH RAKAN SEBAYA
• Masa remaja diluangkan bersama dengan rakan sebaya
mereka.
•Kanak-kanak akan sentiasa mempelajari sikap yang
diamalkan oleh rakan sebaya mereka.
· • Seseorang berteman dengan orang yang tidak baik maka
orang itu kemungkinan akan mempunyai perilaku yang tidak baik juga.
•Menurut Piaget (1926) juga berpendapat bahawa rakan
sebaya mempengaruhi pertumbuhan kognitif-sosial kanak-kanak pada masa
pertengahan zaman kanak-kanak dan selanjutnya.
2) KURANG PENGAWASAN & PEMERHATIAN IBU BAPA
· •Ibu bapa sibuk mencari nafkah untuk menampung
kehidupan keluarga.
· •Masa yang sepatutnya diluangkan bersama anak-anak
menjadi terhad.
· •Ibu bapa yang kurang perihatin terhadap anak-anak
mereka.
· •Remaja menikmati kebebasan yang keterlaluan.
· •Meluangkan masa melayari internet dan salah gunanya.
3) LINGKUNGAN MASYARAKAT
· • Zaman yang kemajuan teknologi dan semua masyarakat
menggunakan internet .
· • Masyarakat cenderung melakukan hal yang negatif maka
seseorang yang tinggal di sekitar lingkungan tersebut akan melakukan hal yang
sama.
· • Seperti menjalankan aktiviti pencerobohan maklumat
peribadi atau serangan virus sebagai salah satu keseronokan dan hobi
semata-mata tanpa memikirkan kesan buruk yang dihadapi kelak.
· •Mereka suka menceroboh sistem rangkaian komputer,
mencuri maklumat atau data penting dan menghantar kod jahat atau virus bagi
mengganggu sistem rangkaian komputer lain seterusnya menyebabkan kerosakan
teruk.
Kesan Positif Teknologi Maklumat
1.Bidang Pendidikan
• ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.
• Pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran.
• P & P akan lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
• ICT dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran kerana guru akan mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat.
• Pelajar senang
mendapatkan pelbagai maklumat melalui medium ICT seperti internet.
· • Para
pelajar boleh melayari blog-blog pendidikan yang semakin banyak di internet.
2.Komunikasi
a) Memudahkan perhubungan
• Rakyat Malaysia yang berada di dalam atau di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubung dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa.
• Mereka boleh berhubung menggunakan e-mail, chatting ataupun yang video kamera (web cam) dengan kos yang lebih rendah berbanding dengan menggunakan telefon.
b) Komunikasi yang lebih efektif
• Penggunaan blog, media sosial (facebook, twitter dan myspace) dan forum menjadi medium yang popular untuk menyampaikan maklumat.
• Golongan muda zaman kini menjadikan laman sosial untuk menyebarkan maklumat terkini terutamanya kepada rakan- rakan mereka.
• Dengan cara ini maklumat dan info terkini lebih mudah untuk disampaikan dan lebih menyeluruh.
3. Perbankan
• Mempercepatkan
urusan
· • pelbagai
urusan kerajaan atau swasta dengan mudah boleh dilakukan secara dalam talian
pada masa kini
· • contohnya,
urusan perbankan, pembayaran bil utiliti, permohonan kerja, membeli belah, dan
sebagainya
· • orang
awam tidak perlu lagi beratur panjang dan membazirkan masa untuk membayar bil
di kaunter sebaliknya boleh terus membayar bil utiliti mereka di internet
dengan mudah yang cepat.
4. Perniagaan
• Melalui
ICT induvidu/syarikat dapat meluaskan pasaran perniagaan mereka
• perdagangan
antara atas talian kini semakin popular dalam kalangan masyarakat
• perkembangan
pesat teknologi maklumat mampu membawa jaringan perniagaan yang luas dan lebih
berdaya saing melalui atas talian
· • pembelian
secara atas talian juga membawa banyak kelebihan kepada pembeli
· • mereka
mempunyai banyak variasi barangan yang boleh dibandingkan harga serta fungsinya
· • pembeli
juga mampu menjimatkan masa mereka melalui belian atas talian daripada membeli
barangan di pasar raya.
Kesan Negatif Teknologi Maklumat
a) Pendidikan
• Kepakaran guru yang terhad
• Kekurangan khidmat sokongan
• Masalah isi kandungan dalam internet
• Masalah maklumat yang tidak tepat
• Masalah mencari maklumat
• Masalah hakcipta
• Masalah menghasilkan pembelajaran secara talian
• Kekurangan peralatan
• Pelajar menjadi pasif dan kurang berkomunikasi
• Menjejaskan pencapaian akademik
2. Komunikasi
a) Membuang masa
• Remaja pada masa kini banyak menghabiskan masa mereka di laman sosial sehingga lupa akan tanggungjawab mereka sebagai pelajar dan tanggungjawab sebagai seorang muslim.
• Pelajar-pelajar menghabiskan masa yang lama di hadapan komputer dan tidak bergaul dengan masyarakat sekeliling.
b) Penyebaran Maklumat Yang Kurang Tepat
• Laman sosial dan forum dijadikan medan untuk menyebarkan fitnah dan berita yang kurang tepat
• Berita atau maklumat yang palsu juga dikirimkan melalui e-mail dan tersebar secara meluas dan tujuan untuk mengaibkan individu tertentu.
c) Remaja
anti sosial
· • Enggan
bersosial dengan masyarakat
· • Menyebabkan
masa bersama-sama keluarga, sahabat dan jiran semakin berkurangan
· • Hubungan
antara satu sama lain akan menjadi renggang
· • Tidak
dapat menjalani kehidupan dalam dunia realiti
3. Negara
• Menjejaskan
keharmonian dan perpaduan negara
· • Ada
laman sesawang yang sengaja menyebarkan pelbagai fitnah dan gosip serta
propaganda negatif
· • Menerima
maklumat yang salah lalu berlakunya kekacauan
· • Menyebabkan
salah faham dan pergaduhan antara masyarakat berbilang kaum di negara kita
· • Penyebaran
pelbagai maklumat palsu dan mengelirukan kepada remaja
Langkah Mengatasi Isu Teknologi Maklumat
1. Kempen penggunaan teknologi secara positif haruslah diadakan.
• Melalui kempen ini, para remaja diberi pendedehan
tentang hukuman untuk penyalahgunaan teknologi seperti akta jenayah computer
1997 dan akta multimedia 1998.
• Dengan ini, remaja boleh menghindarkan diri mereka
daripada terlibat dalam jenayah cyber.
• Selain itu, melalui kempen ini, remaja juga diberi
pengetahuan tentang pelbagai manfaat yang boleh mereka memiliki melalui
komputer seperti mencari informasi untuk kerja kursus dan sebagainya
2. Pihak sekolah haruslah memainkan peranan dalam memantau pelajar mereka
daripada mencari informasi-informasi seperti informasi lucah dan gengsterism
yang boleh mencemarkan minda mereka.
• Pihak sekolah haruslah menyekat laman web -laman
web yang boleh dilayari.
•Pihak sekolah harus memberikan pengajaran nilai-nilai murni atau mata pelajaran yang berkaitan dengan pengajaran moral, seperti Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam.
3. Ibu bapa haruslah
memainkan peranan dalam mengawal anak-anak mereka daripada melayari
website-website yang tidak senonoh.
• Contohnya, ibu bapa boleh menukar setting di lam web
google atau internet explorer kepada "parental control".
•Dengan ini, remaja itu tidak akan dapat melayari
apa-apa website yang tidak sesuai untuk diri mereka.
• Ibu bapa harus menyediakan jadual waktu dan mengehadkan masa anak-anak melayari
internet.
Rujukan
LOKKONG.
(2017). Kesan Penyalahgunaan Internet.
Retrived from http://lokkong.blogspot.com/2017/09/kesan-penyalahgunaan-internet-k-esan.html
(2017).
Kesan Positif Dan Negatif Teknologi
Maklumat Dan Komunikasi Masa Kini. Retrived rom http://stpm-study.blogspot.com/2017/07/kesan-positif-dan-negatif-teknologi.html
Sharipah
Ab Gani. (2017). Kebaikan Dan Keburukan
Teknologi Maklumat. Retrieved from https://www.researchgate.net/publication/315456812_kebaikan_dan_keburukan_teknologi_maklumat
Zaynab. (2011). Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan. Retrieved from http://zeynab52.blogspot.com/2011/11/langkah-langkah-untuk-mengatasi.html
(2017).
FAKTOR PENYALAHGUNAAN INTERNET. Retrieved from http://lokkong.blogspot.com/2017/09/faktor-penyalahgunaan-internet-1.html